Followers

Wednesday, July 29, 2015

Fasa Dewasa Yang Bosan

Assalamualaikum dan hai! phew sebenarnya tadi before ada ura-ura nak update blog, penuh betul dalam otak ni nak update macam-macam. tapi bila dah ada depan laptop ni, terus rasa macam tak tau nak taip apa. otak tetiba kosong. tiba-tiba hoccay. nak cerita pasal raya pun macam bosan since semua orang cerita pasal kisah raya dorang and pasal baju raya apa semua. malas nak cerita pasal raya. 


oh ya, kalau cerita pasal kehidupan sekarang ni, alhamdulillah, i'm just finished my bachelor degree in finance. result sem ni je tak keluar lagi so boleh lagi lah berangan diri ini masih lagi student. kahkah. minggu depan bermula lah kehidupanku sebagai seorang dewasa yang membosankan kerana dah mula kerja di nationwide seksyen 15 tu je. dekat dengan rumah, boleh balik awal pergi lambat tanpa perlu memikirkan masalah kesesakan lalu lintas. okay dah kenapa pula ayat sangat baku ya. tak kisah lah. yang penting, next week aku dah jadi seorang yang membosankan. huwargh! dah takde lah nak bersosial sangat, nak pergi shopping waktu weekdays yang tak serabut sebab tak ramai orang kat mall, nak kena fikir pasal budget every month untuk kereta dan payment benda2 lain dan juga simpanan untuk di hari tua. start next week jugak bermula lah kehidupan serabut sebagai orang dewasa. dah takboleh nak suka-suka hati je shopping itu ini, makan sedap-sedap lepastu selamba mintak duit kat abah. memang dah takboleh nak buat macam tu dah. *nangis* makan sedap-sedap itu boleh lagi cumanya nak shopping suka-suka hati tu yang takboleh. tiba-tiba rasa macam banyak tanggungjawab. padahal tanggungjawab every month kat kereta je. haha syahirah, suka over. 

apa lagi nak cerita? dah takde benda dah kot. okay lah bye korangs!

1 comment:

Shela Abdrohman said...

hahaha ! hamboi kak yongg ! dewasa sgt nehh :P

Post a Comment